<width>40</width>
<height>60</height>
<description><![CDATA[Budak2 tengah cuti sekolah sekarang ni. So, untuk kurangkan keboringan diorang, abah janji nak pegi Cleveland Pt lepas meeting supervisor dia. Lepas solat asar, lebih kurang pukul 4 ptg kami pun bertolak sebab cadangnya nak tengok sunset kat tepi lighthouse dia tuh.. Kami ni memang minat tengok keindahan alam camtu.. terasa kebesaran Allah..  LOL  Perjalanan ambil masa lebih kurang 40 minit sebab jalan agak sesak dengan kenderaan yg sudah mula banyak.. agaknya ada yg dah mula balik dari kerja kot. Sesampai aja kat situ, budak2 berkejar main kat playground. Hii memang jenis hantu playground betul budak2 ni.. pantang jumpa..  :lol_crash: 
pemandangan lighthouse sebelum matahari terbenam
Cantik betul suasana petang kat situ. Dengan burung2 berterbangan dan pelican yang menunggu ikan kat atas tunggul kayu serta langit yang kemerah-merahan hampir senja. Teruja betul dengan keindahan suasana kat situ... Subhanallah.. Seronoknya kalau ada rumah kat tepi pantai nih.. tiap2 petang boleh tengok sunset.  
Sambil budak2 bermain kat playground tu, sempat la kami snap gambar persekitaran yang cantik tuh.. Then, mengadap plak tengok sunset sambil snap beberapa gambar.. Sebelum balik, kami solat maghrib kejap kat belakang lighthouse sebab kalau nak solat kat rumah, kot tak sempat waktu. Dah selesai sume, kami pusing2 kejap area sekitarnya dan Ruby Bay. Oleh kerana dah gelap, tak nampak sangat la kapal2 kat bay tu. Dekat sini pun ada satu harbour yang ada perkhidmatan vehicular ferry (ferry besar yang boleh muat sekali ngan kereta, bas dan lori) untuk ke Stradbroke Island. Jadi kami cadang, nanti2 nak datang lagi.. especially untuk naik vehicular ferry tu ke Stradbroke Island.. hehe.. tak sabar rasanya.. 
pemandangan lighthouse waktu senja
<description><![CDATA[Gelagat anak2 mama..
the 4 stooges
dah pandai bergaya
saaayanggg abang danish
senyum paling hensem
lagak pakar komputer.. hehe..
racing car kesayangan]]></description>
bila nak lawan lumba lari ngan sarah nih..? asyik terbaring je.. 
aisey... malu-malu plak ngan anak dara auntie fazid nih..]]></description>
<description><![CDATA[PAPRIK AYAM
Bahan:
1/2 kg isi ayam potong kecik dan nipis
1 biji bawang besar ~ mayang 
2 biji bawang putih ~ potong halus / ketuk
1 1/2 inci halia ~ potong halus cam batang mancis tu
2 batang serai ~ ketuk 
1 sb serbuk cili / cili kisar
1 kpg kiub ayam maggie ~ optional, tak masuk pun ok tapi kalau ada lagi best
3 keping daun limau purut ~ koyak2kan
air limau nipis ~ limau nipis kat sini besar so pakai separuh aje cukup
2 biji tomato ~ potong 4
6 sb sos tiram              } 
2 sb sos tomato           }  sukatan sos2 ni lebih kurang la.. tak reti nak sukat2 sgt..
1 sb kicap manis         }  kira rasa je nanti.. kalau rasa kurang tambah
1 sb sos cili                  }  
garam secukupnya ~ tak perlu banyak sebab sos tiram dah masin
1/2 sk gula
2 cawan air
minyak utk menumis 
cili api ~ kalau nak pedas masuk le banyak.. ketuk
sayur2an ~ karot, kobis/kobis bunga, brokoli, anak jagung, kacang peas/ kacang panjang.. 
Cara:
1.  Panaskan minyak, tumis serai, halia ngan bawang putih sampai kuning dan naik bau
2.  Tumis bawang besar, bawang merah, daun limau purut sampai layu
3.  Tumis serbuk cili sampai naik bau
4.  Masukkan ayam dan goreng hingga masak
5.  Masukkan air, kiub ayam, sos tiram, sos tomato, sos cili, kicap manis dan biarkan mendidih dan pekat
6.  Masukkan sayur2, tomato, garam, gula, aji, air limau purut
7.  Gaulkan sebati dan sesuaikan rasa dia
8.  Bila kobis dah agak layu skit, tutup api
9.  Sedia dimakan dengan nasi panas... yum.. yum...
<description><![CDATA[Gambar ni dah lama tapi baru skrg sempat upload :-P
KUIH LOPEZ
Bahan:
3 pot beras pulut ~ rendam dlm santan, pewarna dan garam selama lebih kurang 2 jam
3 1/2 pot santan 
1/2 sk garam
pewarna hijau ~ mama guna yg perasa pandan tu
kelapa parut muda secukupnya ~ mama pakai desicated coconut kukus bersama sedikit santan utk lembabkan dia
air gula melaka ~ caranya boleh rujuk seperti air gula untuk kuih lompat tikam
Cara:
1.   Kukus pulut, santan, pewarna hijau dan garam dalam loyang sehingga masak (lebih kurang 30 minit)
2.   Keluarkan dan ambik pulut yg telah masak tadi, masukkan dalam tutup botol nescafe yg telah dialas plastik
3.   Tekan sampai padat dan keluarkan
4.   Gaul dengan kelapa parut
5.   Buat sampai habis.. Then boleh makan dengan air gula melaka..]]></description>
<description><![CDATA[Tukar selera dengan western food.. gambar lama yg baru sempat nak diupload.. hehe
KENTANG PUTAR
Bahan:
300 g kentang 
1 sb mentega
garam & serbuk lada sulah secukup rasa
3 sb susu segar 
Cara:
1.   Rebus kentang di dalam air (tambah sedikit garam). 
2.   Bila menggelegak, tutup periuk dan perlahankan api. 
3.   Biar merenih selama 20-25 minit hingga empuk. 
4.   Angkat, kupas kulit dan lecek hingga halus. 
5.   Masukkan mentega dan susu sedikit demi sedikit hingga campuran lembut dan licin. 6.   Tambah garam dan serbuk lada sulah.
SOS KENTANG PUTAR
Bahan:
600ml air rebusan ayam/daging ~ mama pakai air rebusan ayam
1 batang caleri ~ dicincang halus
1 labu bawang besar ~ dicincang halus
40 g mentega
40 g tepung gandum
1 sb tomato sos
1 sb sos tiram
beberapa titik kicap hitam (untuk 'mewarna' sos)
garam & serbuk lada hitam secukupnya
Cara:
1.   Jerang air rebusan dengan caleri dan bawang hingga mendidih. 
2.   Perlahankan api dan renihkan 15 minit. Tapis ke dalam mangkuk. 
3.   Cairkan mentega di dalam periuk, masukkan tepung dan kacau di atas api perlahan hingga tidak melekat pada tepi periuk. 
4.   Masukkan air rebusan tadi dan kacau hingga tidak bergentel. 
5.   Masukkan tomato sos dan sos tiram. Kacau sekali-sekala hingga mendidih kemudian renihkan hingga pekat. 
6.   Tambah beberapa titik kicap pekat agar sos kecoklatan. 
7.   Bubuh garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
[u]]]></description>
<![CDATA[Trip Sydney --> Canberra : Day 6 - Tamworth ke Brisbane]]>
<description><![CDATA[Lepas dah tido lena semalamnya, kami pun bertolak balik. Plan nak singgah la mana2 tpt yg best sebanyak yg boleh. Tapi biasala bila berjalan ngan budak2 kecik ni, mmg lambat.. ada je yg melambatkan.. So, tpt yg pertama kami singgah hari ni adalah Moonbi Lookout. Wow..! cantik betul pemandangan dari atas busut buatan tu.. Subhanallah.. Lepas dah pusing2 kat atas tu sambil ambik gambar, kami bertolak ke destinasi seterusnya.  
Moonbi Lookout
Pemandangan dari atas Moonbi Lookout
Seterusnya kami berenti kat Saumarez Family Homestead. Rumah ni dibina dalam tahun 1800an. Kawasannya memang besar dengan lamannya yang luas dengan pokok bunga berwarna warni dan siap ada taman bunga yang luas kat tepi rumah dan ladang serta haiwan ternakan di belakang rumah cam cerita koboi dalam tv tu.. LOL Cuma dalam rumah tak dibenarkan masuk la.. boleh tengok dari luar aje. 
Kenangan bawah pokok maple depan rumah Saumarez. Hehe.. terus aje mama teringatkan citer Mohabbatein yg penuh dengan daun maple tuh.. 8-)
Destinasi kami seterusnya ialah pekan Armidale. Pekan ni memang penuh dengan bangunan lama yg cantik2.. Puas la kami ronda seluruh pekan dan ambik gambar. Then berenti minum petang kat park dia.. sebab pagi tadi dah siap makan nasi terus kat Tamworth.
Antara bangunan dan tempat2 menarik di Armidale
Sepanjang perjalanan ke Glen Innes, kami cukup teruja dengan pemandangan kiri kanan yang penuh dengan pokok-pokok berdaun kuning. Kadang kala tu ternampak juga ladang2 penuh ngan kambing, biri2 atau lembu. Akhirnya kami singgah beli roti dan jus kat pekan tapi tak berenti lama pun sebab dah petang. Just ambik gambar bangunan2 lama area pekan tu aje. Ingat nak tengok Australia Standing Stone tapi tak tau tempat la plak.. so, oleh kerana masa tu mama ada booklet tentang Tenterfield dan tempat2 menarik dia, kami teruskan saja perjalanan ke sana. Kami plan nanti datang lagi utk tengok standing stone tu. Risau kot sampai Terterfield malam kang.. dah tak bleh nampak apa dah.. 
Kat Tenterfield tu banyak gak la tempat yg kami singgah ambik gambar terutamanya bangunan2 bersejarah seperti Stanum House, Historic Railway Museum, Post Office dll. 
Perjalanan seterusnya menuju sempadan New South of Wales (NSW) dan Queensland. Antara Wallangarra ngan Stanthorpe. 
Dah masuk sempadan QLD, sepanjang perjalanan kami nampak ladang2 anggur. Nak berenti pun kami tak de maklumat mana ladang yg boleh masuk.. so, cari2 information center tak jumpa.. lastly baru jumpa bila sampai pekan dia. Malangnya dah tutup dan hari pun dah gelap. Kalau boleh kami tak nak sampai rumah lewat malam sangat. So, terus aje la perjalanan.. Lalu Warwick, berenti sekejap rehat dan budak2 nak gi toilet. Then terus perjalanan ke Brisbane. Berenti sekejap kat Masjid Darra untuk solat jamak dan terus balik rumah. Sesampai aje rumah dalam kul 10 mlm camtu.. terkejut kami dibuatnya  :omg_no: Rumah kena serang dengan lipas.. :get_you: Bukan takat anak lipas.. mak lipas, bapak lipas, atok lipas.. sume ada.. Siap langsir rumah pun berlubang2 dikerjakannya akibat kelaparan selama 6 hari kami tak de tu.. Jenuhla mlm tu mengerjakan lipas sebelum dapat tido dengan lenanya kerana keletihan hampir seminggu berjalan..  :sick:  :yakk: ]]></description>
<![CDATA[Trip Sydney --> Canberra : Day 5 -  Sydney ke Tamworth]]>
<description><![CDATA[Dalam kul 9 pagi kami checkout motel dan bertolak balik. Kali ni kami plan balik ikut jalan dalam, kira tak ikut pantai lagi la.. lalu New England Highway. Oleh kerana hari ni cuti Good Friday dan bersambung pulak ngan cuti Easter Egg sampai isnin, maka jalan keluar dari Sydney ke national highway sesak teruk (tapi tak kesah sangat la sbb tak kena tol cam M'sia tu..) Sume balik kampung agaknya. Bila dah masuk New England Highway, kereta yg banyak tadi dah makin menyusut.. ikut arah masing2 la.. Best jugak lalu highway New England ni.. sesekali memang terasa macam suasana kat England plak dengan pokok pine dan pokok mapple berdaun kuning di tepi2 jalan tu..
sunset sebelum sampai Tamworth
bulan mengambang di malam hari
Sampai ke Tamworth dah malam, so abah ubah plan. Mulanya ingat terus nak balik Brisbane tapi bila berenti kat information center tu, banyak booklet tempat cantik2 yg kami dapat dan diorang pun nasihatkan supaya bermalam dulu dan esoknya boleh stop kat banyak tempat menarik. So, kami singgah bermalam kat Edward Parry Motel. Motel tu modern self-contained apartment 2 bilik. Huiihh cantik betul dalamnya.. sume barang letrik branded dan siap ada jacuzzi lagi dlm bilik air.. 8-) Memang padan la dengan harganya.. hehe.. Malam tu jenuh la budak2 mandi pakai jakuzzi, tak yah lagi cari kolam renang..   LOL Mama pun apa lagi, tengok aja ada washing machine ngan dryer 7 kg punya, projek basuh membasuh pun bermula..   :P 
<![CDATA[Trip Sydney --> Canberra : Day 4 - Batemans Bay ke Sydney]]>
<description><![CDATA[Pagi ni mama sempat masak mee goreng untuk sarapan pagi. Pukul 10.30 pagi lebih kurang kami bertolak balik ke Sydney. Sempat la singgah di pekan Ulladulla. Kat situ kami masuk information center dia kejap, ambik booklet berkenaan Nowra, Kiama, Wollongong dan tempat2 laluan sepanjang balik ke Sydney ni. Baru ini la kami hargai information center ni..  Macam2 maklumat kami dapat kat situ.. Yang paling penting.. sumenya tu free.. hehe.. Anak2 mama pun apa lagi.. menambahkan koleksi 'sampah' utk bilik tido diorang.. pantang la ada booklet2 yang cantik.. sume dirembatnya..  8-) Pekan Ulladulla ni pun cantik gak.. ada kapal2 kat tepi pantainya tu.. sempat kami singgah untuk bergambar.. then pegi kat jetinya tu, nengok uncle fisherman yang tgh potong2 ikan kat tepi pantai tu dan diberi makan kat burung2..  :bad_idea: Mama pun terpikir.. kalau dia bagi ikan2 tu kat mama lagi baik.. hehe..   :lol_teethfull: 
Motel kat Batemans Bay
Pekan Ulladulla
Terus kami sambung perjalanan.. Seterusnya kami berenti kat Gerroa dan Gerringong. Makan dan solat kat situ then singgah Kingsford Smith Lookout ..  nak tengok pemandangan laut cantik.. Kot la nasib baik, maybe boleh nampak whales dan dolphine. 
Lookout kat Gerroa
Cadangnya lepas tu nak ke Kiama.. nak tgk air meletup (blowhole) ni..   tapi since kami dah termasuk balik kat Princess Highway dan hari pun dah nak petang, terpaksa la lupakan saja hajat tu.. :cry: Sebabnya kami nak kejar maghrib kat Wollongong kononnya.. nak tengok Sea Cliff Bridge ni waktu matahari terbenam..  8-) 
Tapi rupanya kami dah salah jalan.. Patutnya kena lalu scenic drive tepi pantai tu.. bukan ikut highway. Jadi untuk tidak menghampakan hati, kami pun exit kat Stenwell Park then tuju arah pantai.. so, dapat jugak le kami tengok bridge tu dari Stanwell Park Lookout. Cantik memang cantik walaupun nampak dari jauh aje.. Sedihnya, tak dapat peluang lalu kat atasnya tuh..  :hopeless: Harap2 ada rezeki pegi sana lagi nanti.. 8-) Itula akibatnya bila berjalan tak well planned. Kesimpulannya.. bila berjalan, kena bagi masa secukupnya, jangan sampai terkejar2.. pastu information center setiap pekan tu kalau boleh kena singgah untuk dapatkan maklumat tentang attraction kat situ.. Nak harapkan maklumat kat internat saja tak cukup sebenarnya.. Kat information center tu lagi lengkap.
Pemandangan Sea Cliff Bridge waktu senja
Then, nak teruskan perjalanan kami tak masuk highway balik.. Kami lalu Royal National Park. Kononnya jarak dia lebih dekat. Sekali, mak oii.. jalannya bengkang bengkok, dah le malam.. bukan nampak apa pun dalam hutan tu..  gelap aje kiri kanan.. Rasanya kalau lalu siang, maybe cantik pemandangannya tu.. Drive pun 50-60 km/j aje speed limit.. nak bawak laju pun abah tak berani sangat.. Kot le terlanggar kanggaru ke koala ke tetengah malam ni.. gerun jugak..   :lol_crash: Akhirnya setelah pening2 dengan jalan bengkang bengkok tu.. sampai la kami ke motel kat Sydney tu balik around kul 9.30 mlm dah.. hihi.. Oleh kerana semuanya memang kepenatan dan esok paginya nak bertolak balik Brisbane plak.. semuanya tertido dengan lenanya.. 
Zaini aka West Enderz ==> oo.. itu gambar motorway dari Wollongong ke Sydney. Grand Pacific Drive namanya.. lalu ikut tepi pantai la..
<![CDATA[Trip Sydney --> Canberra : Day 3 - Canberra dan Batemans Bay]]>
<description><![CDATA[SYDNEY --> CANBERRA --> BATEMANS BAY
Oleh kerana semalam dah tido lewat, pagi ni kami agak rushing sebab lewat bangun. Kononnya nak bertolak pukul 6 pagi supaya boleh sampai awal kat Canberra tu. Akhirnya selepas siap packing dan sarapan.. lebih kurang kul 8.45 pagi baru kami dapat checkout motel. Risau jugak kalau2 sampai lewat time orang kat Kedutaan M'sia tengah break tengahari tu.. terpaksa lak tunggu petang untuk urusan passport dan surat beranak si Hadif ni.
Perjalanan ke Canberra dari Sydney ni, ok jugak.. Yang terujanya bila lalu highway kat area Sydney Airport tu.. Landasan kapal terbangnya merentas atas highway dan kami lalu masuk terowong bawahnya tu.. Pastu, time sebelum masuk terowong tu kebetulan ada kapal terbang tengah mendarat kat atas landasan.. betul2 atas terowong..   :omg_no: Huiiihhh, besaunya.. Then sepanjang perjalanan plak, pemandangan kiri kanannya yg cantik dengan ladang2 yg luas memang buatkan kami tak jemu.. Semua nak dirakam tapi sebab nak kejar masa, tak de la kami berenti2 utk ambik gambar tu.. Just ambik gambar dari dalam keta aje.. so, tak dpt le nak ambik angle2 yg menarik tu.. :P 
Sampai kedutaan lebih kurang 11.40 pagi.. terus settlekan urusan kami. Then, patutnya kena tunggu petang utk ambik passport ngan surat beranak tu tapi pegawai2 sana tolong siapkan cepat.. kesian tengok 'rombongan' kami yg ramai ni kot.. hehe  8-)  Dalam kul 1 tghari dah siap sume tu.. then ada kawan kat kedutaan tu plak belanja kami makan pizza.. Terima kasih Izzudin.. Sedap.. LOL  almaklum la, perut pun dah berbunyi mintak diisi..  :-D Lepas alas perut skit ngan pizza yg sedap tu.. kami pun cari park berdekatan utk makan tengahari.. tepi sungai.. Memang Canberra ni kecik aje.. Sebesar Putrajaya. Patern dia pun lebih kurang sama... Agaknya designer Putrajaya ni mesti ciplak design Canberra.. haha.. Tempatnya mmg sunyi dan susunan bangunannya teratur sangat.. Rasanya bandar Brisbane lagi sibuk dari Canberra ni. Betul2 depan Kedutaan Malaysia plak ada masjid.. kat situ la diorang sume buat solat jumaat.. tapi kami just snap gambar aje la, tak masuk pun sbb dah solat kat surau kedutaan tadinya.
bangunan Kedutaan Malaysia
Lepas makan, kami pusing2 dan bergambar kat Old Parliament dan New Parliament dia.. Tempat lain kami tak berenti sangat sebab takut lewat sangat sampai kat Batemans Bay. 
Dari Canberra ke Batemans Bay tu, lalu Kings Highway.. kami rentas satu national park.. Seronok betul tengok ladang2 lembu, kambing dan biri2 sepanjang perjalanannya tuh.. Sempat kami tengok sunset kat tepi ladang.. Subhanallah.. cantik betul. Cuma yg menggerunkan time hari dah gelap tu.. Bila sampai area gunung ganang dia.. dasyat betul jalannya, selekoh patah dll lagi.. Entah berapa kali jumpa selekoh S dan berturut2 plak tu.. Kalah bukit putus kat seremban tuh.. Sampaikan kami ingatkan kami dah sesat dah..     :yakk:  Hehe.. nasib abah yg drive, kalau mama yg drive mmg dah surrender dah.. Akhirnya selepas sampai ke Batemans Bay dan menyeberang jambatan dia tu.. Hehe.. kira berbaloi gak le perjalanan kami tadi tuh.. Cantik.. Tapi oleh kerana camera kami tak dapat snap gambar malam dengan baik dan kami pun dah kepenatan yang amat.. so, tak de mood dah nak ambik gambar.. Lain kali aje la.. itu pun kalau ada rezeki sampai lagi..  8-)  Oleh kerana kepenatan.. kami sume tido awal.. Kul 9.30 dah tido..  Tapi sebelum tido, sempat lagi le mama basuh baju 2 trip kat situ.. washing machine ada tapi dryer tak de la plak.. tak dapat le bajunya kering dalam satu malam.. :-( 
Sunset di Kings Highway.. Canberra --> Batemans Bay]]></description>