Want your
own Fotopage?






 
maslinda's FotoPage

By: maslinda mohd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 24-Mar-2008 12:55 Email | Share | Bookmark
Kentang Lecek ala KFC

 
 
 
 
Tukar selera dengan western food.. gambar lama yg baru sempat nak diupload.. hehe

KENTANG PUTAR



Bahan:
300 g kentang
1 sb mentega
garam & serbuk lada sulah secukup rasa
3 sb susu segar

Cara:
1. Rebus kentang di dalam air (tambah sedikit garam).
2. Bila menggelegak, tutup periuk dan perlahankan api.
3. Biar merenih selama 20-25 minit hingga empuk.
4. Angkat, kupas kulit dan lecek hingga halus.
5. Masukkan mentega dan susu sedikit demi sedikit hingga campuran lembut dan licin. 6. Tambah garam dan serbuk lada sulah.


SOS KENTANG PUTAR

Bahan:
600ml air rebusan ayam/daging ~ mama pakai air rebusan ayam
1 batang caleri ~ dicincang halus
1 labu bawang besar ~ dicincang halus
40 g mentega
40 g tepung gandum
1 sb tomato sos
1 sb sos tiram
beberapa titik kicap hitam (untuk 'mewarna' sos)
garam & serbuk lada hitam secukupnya

Cara:
1. Jerang air rebusan dengan caleri dan bawang hingga mendidih.
2. Perlahankan api dan renihkan 15 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
3. Cairkan mentega di dalam periuk, masukkan tepung dan kacau di atas api perlahan hingga tidak melekat pada tepi periuk.
4. Masukkan air rebusan tadi dan kacau hingga tidak bergentel.
5. Masukkan tomato sos dan sos tiram. Kacau sekali-sekala hingga mendidih kemudian renihkan hingga pekat.
6. Tambah beberapa titik kicap pekat agar sos kecoklatan.
7. Bubuh garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

[u]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net