Want your
own Fotopage?







 
maslinda's FotoPage

By: maslinda mohd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 29-Feb-2008 07:42 Email | Share | Bookmark
Goreng Pisang dan Keledek

 
 
 


GORENG PISANG / KELEDEK

Bahan:
Pisang goreng ~ potong 3 memanjang (supaya lebih garing)
Keledek ~ potong nipis dlm 1 cm
1/3 kampit tepung beras
4 sb tepung pulut ~ supaya gorengannya lebih rangup dan sedap
1 biji telur
secubit serbuk kunyit
garam dan air secukupnya
Minyak utk menggoreng (deep frying)

Cara:
1. Pecahkan telur dalam bekas dan pukul sedikit hingga sebati
2. Masukkan tepung beras, tepung pulut, garam, serbuk kunyit dan air
3. Kacau hingga betul2 sebati dalam 10-15 minit
4. Panaskan minyak
5. Masukkan pisang / keledek dalam adunan tepung tadi dan gaul rata seluruh permukaannya
6. Pastikan minyak betul2 panas, baru masukkan pisang / keledek
7. Bila sudah kekuningan, bolehlah diangkat


p/s:
1. Pastikan minyak banyak dan bahan gorengan tenggelam dalam minyak terutama jika menggoreng keledek kerana jika minyak sedikit dan bahan gorengan tidak tenggelam, ia akan menyebabkan isi keledek tidak masak.. so jangan kedekut minyak sebab minyak tu nanti boleh recycle utk gorengan lain plak
2. Pastikan adunan tidak terlalu pekat kerana ia akan menyebabkan goreng pisang / keledek keras dan kurang rangup.. untuk itu, sebelum menggoreng, masukkan dulu sesudu adunan tepung kedalam minyak panas tu.. kalau tepung tu berketul besar, maksudnya adunan pekat dan kena tambah air.. kalau tepung tu jadi halus dan cantik, maksudnya adunan sudah elok utk menggoreng.

Selamat mencuba...


Quote:
jasmeen dan ida isk ==> ini kalau ikut petua makcik goreng pisang yg best tu le.. then kena kacau kuat2 adunan dia supaya dapat hasil gorengan yg rangup dan sedap.. tapi kalau ikut resepi mak saya, masukkan air kapur tu sket
mamasya ==> suka ke makan kuih kayu keramat tu..? saya suka buat kuih tu utk bekal anak2 pegi sekolah sebab senang buat.. maklum le kat sini bekal sekolah mmg kena bawak sendiri


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net