Want your
own Fotopage?







 
maslinda's FotoPage

By: maslinda mohd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 17-Aug-2007 00:01 Email | Share | Bookmark
Asam Pedas Ikan Duri

 
 
 
Part masak asam pedas ni, mama kureng skit.. Orang Johor ngan Melaka je yang teror masak ni.. tapi oleh kerana masakan ni antara fav abah, so mama masak gak le.. hehe Abah memang suka ikan duri.. budak2 tu pun camtu cuma mama je yang kurang skit tapi boleh le makan.. So, resepi ni boleh jugak ganti dengan ikan lain seperti ikan pari, tenggiri atau terubuk




ASAM PEDAS IKAN DURI


Bahan:
4 keping ikan duri (basuh ngan tepung untuk hilang hanyir.. guna air asam pun boleh)
6 sb stok bawang blend (1 kilo bawang besar + 1 labu bawang putih blend jadi stok)
1 sb cili serbuk
1 keping halia ~ ketuk
2 ulas bawang putih ~ hiris nipis atau ketuk
1 batang serai ~ ketuk
1 inci belacan
1 st jintan
1/4 st serbuk lada hitam (kalau nak best lagi pakai yang biji tu dan tumbuk kasar)
1/2 st serbuk kunyit (atau lebih sedap guna kunyit hidup)
1/2 st halba
1 biji tomato ~ potong 4
5 batang bendi
1 ikat daun kesum
air asam jawa secukupnya
air secukupnya
garam
minyak masak

Cara:
1. Tumiskan bawang putih, serai dan halia sehingga kekuningan dan naik bau
2. Masukkan bawang blend, belacan, jintan, lada hitam, kunyit, halba, serbuk cili dan tumis lagi sampai garing dan pecah minyak
3. Masukkan air asam jawa + air secukupnya dan biarkan mendidih
4. Masukkan ikan, daun kesum, tomato, garam dan gula (kalau nak) secukupnya
5. Biarkan sekejap sehingga ikan empuk
6. Masukkan bendi, biarkan sekejap dan boleh hidangkan dengan nasi panas



Quote:
ave maria ==> tak tau le plak mama sapa yang menang.. try le sabongkan.. buat lawak ke apa si ave maria nih..
intanredha ==> saya ni duk kat Australia dik oi .. so bila masak tu mmg pakai je apa yg ada. Kalau kat m'sia pun saya selalu pakai cili kering gak.. kat sini susah skit nak dapat cili kering yg sesuai. Then, mmg kadang tu masak isi belacan tapi time tu belacan habis stok.. so tak de la saya isikan. Nak tambah belacan bleh gak.. lagi kick rasanya..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net