Want your
own Fotopage?







 
maslinda's FotoPage

By: maslinda mohd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 28-May-2007 12:19 Email | Share | Bookmark
Kuih Kastard Jagung Mama

 
 
 
 
 
Ini antara kuih yg first mama buat sejak menjejak kaki di bumi Australia ni.. Sebabnya, bahan dia senang nak dapat dan nak buat pun mudah dan cepat.. Dalam 20 minit dah siap dan boleh sediakan untuk peneman abah study malamnya..



KASTARD JAGUNG

Bahan:
1 tin sweet corn kernel (atau kalau pakai jagung dlm paket tu.. mama pakai 1 cwn)
1 cwn gula
1 cwn air
1 cwn tepung kastard
1 tin santan kelapa (atau kalau pakai santan serbuk.. bancuh le dlm 6/8 sudu serbuk ngan air suam)
secubit garam

Cara:
1. Blend jagung dalam <1 minit (jangan terlalu hancur)
2. Campurkan semua bahan tadi dalam periuk non-stick dan kacau sebati
3. Panaskan dgn api sederhana dan kacau sehingga campuran tadi pekat dan meletup2 macam gunung berapi
4. Angkat dan masukkan dalam bekas acuan dan biarkan sejuk sekejap
5. Bila dah hilang asapnya, boleh simpan dalam petiais supaya lebih cepat keras
6. Then, dalam 15 minit lepas tu boleh le keluarkan dan potong untuk dimakan

Selamat mencuba...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net