|
|
| Wednesday, 19-Mar-2008 08:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Trip Sydney --> Canberra : Day 3 - Canberra dan Batemans Bay
|
|
SYDNEY --> CANBERRA --> BATEMANS BAY
Oleh kerana semalam dah tido lewat, pagi ni kami agak rushing sebab lewat bangun. Kononnya nak bertolak pukul 6 pagi supaya boleh sampai awal kat Canberra tu. Akhirnya selepas siap packing dan sarapan.. lebih kurang kul 8.45 pagi baru kami dapat checkout motel. Risau jugak kalau2 sampai lewat time orang kat Kedutaan M'sia tengah break tengahari tu.. terpaksa lak tunggu petang untuk urusan passport dan surat beranak si Hadif ni.
Perjalanan ke Canberra dari Sydney ni, ok jugak.. Yang terujanya bila lalu highway kat area Sydney Airport tu.. Landasan kapal terbangnya merentas atas highway dan kami lalu masuk terowong bawahnya tu.. Pastu, time sebelum masuk terowong tu kebetulan ada kapal terbang tengah mendarat kat atas landasan.. betul2 atas terowong.. Huiiihhh, besaunya.. Then sepanjang perjalanan plak, pemandangan kiri kanannya yg cantik dengan ladang2 yg luas memang buatkan kami tak jemu.. Semua nak dirakam tapi sebab nak kejar masa, tak de la kami berenti2 utk ambik gambar tu.. Just ambik gambar dari dalam keta aje.. so, tak dpt le nak ambik angle2 yg menarik tu..
Sampai kedutaan lebih kurang 11.40 pagi.. terus settlekan urusan kami. Then, patutnya kena tunggu petang utk ambik passport ngan surat beranak tu tapi pegawai2 sana tolong siapkan cepat.. kesian tengok 'rombongan' kami yg ramai ni kot.. hehe Dalam kul 1 tghari dah siap sume tu.. then ada kawan kat kedutaan tu plak belanja kami makan pizza.. Sedap.. almaklum la, perut pun dah berbunyi mintak diisi.. Lepas alas perut skit ngan pizza yg sedap tu.. kami pun cari park berdekatan utk makan tengahari.. tepi sungai.. Memang Canberra ni kecik aje.. Sebesar Putrajaya. Patern dia pun lebih kurang sama... Agaknya designer Putrajaya ni mesti ciplak design Canberra ni.. Tempatnya mmg sunyi dan susunan bangunannya teratur sangat.. Rasanya bandar Brisbane lagi sibuk dari Canberra ni. Betul2 depan Kedutaan Malaysia plak ada masjid.. kat situ la diorang sume buat solat jumaat.. tapi kami just snap gambar aje la, tak masuk pun sbb dah solat kat surau kedutaan tadinya.
Lepas makan, kami pusing2 dan bergambar kat Old Parliament dan New Parliament dia.. Tempat lain kami tak berenti sangat sebab takut lewat sangat sampai kat Batemans Bay. Dari Canberra ke Batemans Bay tu, kami rentas satu national park.. Seronok betul tengok ladang2 lembu, kambing dan biri2 sepanjang perjalanannya tuh.. Sempat kami tengok sunset kat tepi ladang.. Subhanallah.. cantik betul. Cuma yg menggerunkan time hari dah gelap tu.. Bila sampai area gunung ganang dia.. dasyat betul jalannya, selekoh patah dll lagi.. Entah berapa kali jumpa selekoh S dan berturut2 plak tu.. Kalah bukit putus kat seremban tuh.. Sampaikan kami ingatkan kami dah sesat dah.. Hehe.. nasib abah yg drive, kalau mama yg drive mmg dah surrender dah.. Akhirnya selepas sampai ke Batemans Bay dan menyeberang jambatan dia tu.. Hehe.. kira berbaloi gak le perjalanan kami tadi tuh.. Cantik.. Tapi oleh kerana camera kami tak dapat snap gambar malam dengan baik dan kami pun dah kepenatan yang amat.. so, tak de mood dah nak ambik gambar.. Lain kali aje la.. itu pun kalau ada rezeki sampai lagi.. Oleh kerana kepenatan.. kami sume tido awal.. Kul 9.30 dah tido.. Tapi sebelum tido, sempat lagi le mama basuh baju 2 trip kat situ.. washing machine ada tapi dryer tak de la plak.. tak dapat le bajunya kering dalam satu malam..
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 18-Mar-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Trip Sydney --> Canberra : Day 2 - Sydney City
|
|
SEHARIAN DI SYDNEY CITY YG MEMENATKAN
Lebih kurang pukul 9 pagi kami keluar dari motel untuk tour ke bandar Sydney. Tujuan utama nak ke Darling Harbour. Oleh kerana tak biasa dengan jalan disitu dan keadaan jalanraya yg agak sesak, ditambah pula dengan Danish yang sibuk buat perangai.. kami tersesat seketika, sampaikan dah keluar ke suburb lain dalam 10-15 km dari bandar Sydney. Puas le kami cari arah balik ke city dengan berbekalkan map yang kurang lengkap. Pening jugak dibuatnya.. maklum le GPRSnya bergantung kepada co pilot semata.. Dengan pening melayan kerenah si Danishnya lagi.. nasib le Hadif tak meragam.. baik aje terkelip2 kat carseat dia tuh..
Tapi akhirnya sampai le jugak kami ke Darling Harbour tu. So, sempat le masuk Australia International Maritime Museum. Kebetulan time tu ada pameran free.. hehe.. masuk saja la.. Then, kami naik ferry dari Darling Harbour tu ke Circular Quay. So dapat le tengok pemandangan Sydney City dari dalam ferry. Kat jetty Circular Quay tu sempat ambik gambar Sydney Opera House. Oleh kerana takut tak sempat solat, kami tak de le turun kat Circular Quay tu.. Patah balik semula ke Darling Harbour then balik ke motel. Rehat dan makan dan tido kejap.
Malamnya abah ajak keluar lagi pi ambik gambar.. cuma yg tak bestnya kamera kami ni kureng skit kalau gambar malam.. Hehe.. abah dah sound2 dah tu, kena tukar pada SLR aje.. tunggu greenlight dari mama je tu.. Dah sampai ke kat Sydney Opera House tu, sambil cari parking.. termasuk plak ke tpt parking mahal... 30 dolar sekali masuk.. So, mama cakap kat abah, tak yah le.. kita cari je tempat parking lain tepi2 jalan. Nak pegi Goverment House dia tutup plak malam2 nih.. Sekali time nak patah balik ke Sydney Opera tu.. ada accident plak.. betul2 depan mata.. Jalan plak tutup.. pening lagi kami nak cari jalan balik ke Sydney Opera tu.. cari parking pun satu hal gak.. Dah le banyak jalan sehala.. So, mmg tak puas le round city tu.. tak habis jelajah.. Rasanya kena plan next time datang ni.. Lastly dapat le kami bergambar kejap kat jetty Circular Quay tu untuk gambar malam Sydney Opera. Walaupun gambarnya tak begitu memuaskan hati.. tapi ok la.. Balik motel, sume dah penat.. so tido aje le.. Esok nak bangun awal untuk trip ke Canberra plak..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 17-Mar-2008 06:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Trip Sydney --> Canberra : Day 1 - Perjalanan Ke Sydney
|
|
SATU PERJALANAN YANG PANJANG
Seawal jam 6.00 pagi kami bertolak utk trip Sydney - Canberra kami guna Odyssey abah. Kira pegi drive le ni.. ikut highway tepi pantai. Tujuan utama adalah menyelesaikan urusan passport dan surat beranak si Hadif ni di Kedutaan Malaysia Canberra. So, alang2 dah kena pi Canberra tu, kami plan utk jalan2 sekali le..
Malamnya sampai pukul 2 pagi mama sibuk siapkan packing dan masak utk bekal sepanjang perjalanan kami. Banyak jugak le bekal lauk siap yg dibawa.. almaklum le, ramai askar. Kalau hari2 makan kat kedai, mau bankrupt abah.. hehe Lauk2 yg mama masak siang sebelumnya pun, mama bekukan dalam petiais.. Harap2, tahan le sampai ke motel tpt menginap kat Sydney tu kang. Boleh simpan dalam petiais balik. Selain bekal lauk siap masak, mama pun bawak gak le bekal mknn lain seperti sardin, tuna, bilis, indomee, meehon yg belum goreng, chips, biskut dll. Dengan berbekalkan sebijik multicooker.. harap2 dapat le masak sikit2 kat motel or paling tidak pun panaskan makanan dalam microwave.
Perjalanan dari sini ke motel di Sydney sejauh lebih kurang 1000 km.. so mmg banyak kali kami berenti rehat dan makan2. Lagi pun driver sorang.. Co-pilot blm habis pantang drive keta lagi.. hehe.. alasan je tu.. Antaranya Coff Harbour dan beberapa hentian rehat lain. Kata Kak Ha, Bayron Bay cantik dan ada rumah api.. tapi kami terlepas tpt tu.. nanti la kalau trip lagi sekali, boleh plan berenti. Oleh kerana nak kejar check in motel, kami tak sempat sangat nak lalu kat tourist drive yg banyak tu.. information center pun tak singgah time pegi tu. Kami lalu Newcastle dah malam.. seram gak drive kat situ sbb sunyi dan tak banyak keta. Alhamdulillah tak de masalah apa2.. hihi
Kami sampai motel, Addison On Anzac dlm kul 10 mlm. Itu pun selepas tersesat sekejap bila masuk terowong bawah tanah kat South Sydney (city). Bukan apa.. bila sampai je jambatan nak masuk city tu, lane punya le banyak, malam plak tu.. dah confius nak masuk lane mana satu.. tetiba lalu tol 3 dolar rasanya.. Then tetiba dah masuk dalam terowong.. hehe.. panik gak sbb cari exit jalan utk ke motel tak de.. Nasib baik pastu jumpa. Motel yg kami booking tu 150 dolar per night, kira ok le standard sydney.. ada 1 katil double dan 2 katil double decker, microwave, petiais, tv, pantry kecik satu dan bilik air pun kira ok le.. Oleh kerana kepenatan perjalanan yg jauh tu.. awal2 lagi kami dah tido.. Nak kumpul tenaga jalan2 kat Sydney City esoknya..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 16-Mar-2008 10:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BBQ di Roma Parkland anjuran PPMQ
|
|
Gathering bersama ahli PPMQ di Roma Parkland. Seronok dapat jumpa ahli lama dan baru kat situ sambil borak2. Program BBQ ngan juadah2 potluck.. macam2 ada.. Mama cam biasa le pulut kuning ngan kari ayam. Memang ramai betul peminat pulut kuning kat sini terutamanya budak2.. Family mama pun apa kurangnya.. memang minat sungguh dengan pulut.. Menu special hari ni plak adalah Ayam Percik BBQ Kak Ha.. Sedappp.. Mama siap tapau lagi..
tunggu turn saya makan plak.. hehe
|
|
|
|
|
|
| Friday, 29-Feb-2008 07:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Goreng Pisang dan Keledek
|
|
GORENG PISANG / KELEDEK
Bahan:
Pisang goreng ~ potong 3 memanjang (supaya lebih garing)
Keledek ~ potong nipis dlm 1 cm
1/3 kampit tepung beras
4 sb tepung pulut ~ supaya gorengannya lebih rangup dan sedap
1 biji telur
secubit serbuk kunyit
garam dan air secukupnya
Minyak utk menggoreng (deep frying)
Cara:
1. Pecahkan telur dalam bekas dan pukul sedikit hingga sebati
2. Masukkan tepung beras, tepung pulut, garam, serbuk kunyit dan air
3. Kacau hingga betul2 sebati dalam 10-15 minit
4. Panaskan minyak
5. Masukkan pisang / keledek dalam adunan tepung tadi dan gaul rata seluruh permukaannya
6. Pastikan minyak betul2 panas, baru masukkan pisang / keledek
7. Bila sudah kekuningan, bolehlah diangkat
p/s:
1. Pastikan minyak banyak dan bahan gorengan tenggelam dalam minyak terutama jika menggoreng keledek kerana jika minyak sedikit dan bahan gorengan tidak tenggelam, ia akan menyebabkan isi keledek tidak masak.. so jangan kedekut minyak sebab minyak tu nanti boleh recycle utk gorengan lain plak
2. Pastikan adunan tidak terlalu pekat kerana ia akan menyebabkan goreng pisang / keledek keras dan kurang rangup.. untuk itu, sebelum menggoreng, masukkan dulu sesudu adunan tepung kedalam minyak panas tu.. kalau tepung tu berketul besar, maksudnya adunan pekat dan kena tambah air.. kalau tepung tu jadi halus dan cantik, maksudnya adunan sudah elok utk menggoreng.
Selamat mencuba...
| Quote: | jasmeen dan ida isk ==> ini kalau ikut petua makcik goreng pisang yg best tu le.. then kena kacau kuat2 adunan dia supaya dapat hasil gorengan yg rangup dan sedap.. tapi kalau ikut resepi mak saya, masukkan air kapur tu sket
mamasya ==> suka ke makan kuih kayu keramat tu..? saya suka buat kuih tu utk bekal anak2 pegi sekolah sebab senang buat.. maklum le kat sini bekal sekolah mmg kena bawak sendiri
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 24-Feb-2008 09:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Family Kami
|
|
Abah
Mama
Kak Iman
Kak Qilah
Abang Danish
Baby Hadif
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 23-Feb-2008 10:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
The last Movie World sebelum anual pass tamat
|
|
Jalan-jalan terakhir ke Movie World sebelum anual pass kami tamat pertengahan Mac. Sempat gak le Hadif bergambar kat situ.. Nasib baik keluar awal.. tapi Sea World tu tak sempat le..
Oleh kerana dah lama janji ngan diorang kalau pegi Movie World, diorang boleh mandi manda kat situ.. so pegi kali terakhir ni bawak le baju swimming diorang utk mandi. Lagi pun mana tpt yg boleh masuk, sume dah masuk.. mana tempat yg boleh main,sume dah main. Tinggal lagi yang memang takleh main sbb budak2 tak cukup ketinggian aje yg lum main cam Superman dan Mortal Combat punya roller coaster ngan Batwings tu. Tapi kalau compare ngan Sea World, rasa mama le lebih baik pegi Sea World aje bagi family. Movie World ni sesuai untuk orang2 muda aje..
Danish ngurat anak Ausie
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 20-Feb-2008 11:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tok Ma, Tok Ki dan Ayah Su di Brisbane part 2
|
|
Then, abah sempat gak bawak diorang pegi Harbour Town untuk cari souvenir skit sambil jalan2 tepi pantai Gold Coast tu.. Mama ngan baby tak pegi le sebab tak muat keta.. Lagi pun, dalam pantang ni, takkan nak jalan jauh2.
Uncle Mohamad, kawan Singaporian abah ajak pegi Mt Tamborine. Cantik gak pemandangan dari atas sana tu. Sejuk pun bukan main lagi kat atas tu. Tapi sebab peginya dah petang, lepas budak2 balik sekolah, kedai2 souvenir pun dah tutup.. cuma sempat ambik gambar depan kedainya je le. Balik tu singgah Masjid Kurabi solat Asar ngan Maghrib.
Pastu, dua hari sblm diorang balik tu mama bawak diorang pegi jalan2 di city kat Queens St naik ferry citycab. Abah tak dapat nak bawak sebab ada meeting ngan supervisor ari tu. So, sempat le diorang cari last souvenir kat situ.
Last day kat sini kononnya nak bawak diorang pegi Botanical Garden kat bawah Mt Cho-Tha. Ada Japanese Garden cantik kat dalamnya tu. Tapi oleh kerana sume mengantuk dan cuaca cam nak hujan aje. so, tak jadi pegi le.. Malamnya flight pukul 11.50 mlm, 19 Feb. Uncle Khairi tolong anto sekali sebab barang2 banyak.. Iman ngan Aqilah sedih gak le Ayah Su dah nak balik.. syahdu diorang malam tu.. kesian le plak.. Dua tiga hari tu dok tanya bila nak balik M'sia je.. InsyaAllah tak lama lagi balik le kita ke M'sia bila abah dah abis belajo.. Dengan title baru Dr Mohd Naz'ri Mahrin.. hehe.. InsyaAllah..
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 19-Feb-2008 22:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tok Ma, Tok Ki dan Ayah Su datang Brisbane part 1
|
|
Tok Ma, Tok Ki dan Ayah Su datang sini selama sebulan dari 19 Jan - 19 Feb. Ikutkan perancangannya, untuk jagakan budak2 ngan baby baru. Ikutkan due mama 25 Jan 2008 tapi sebab dah induce awal 2 minggu tu.. tak sempat le dgn diorang tu.. So time diorang sampai, baby Hadif dah umur seminggu dah. Yang paling seronoknya Iman ngan Aqilah le, ada Ayah Su.. Time nak datang sini, Ayah Amir pesan kat Ayah Su suruh bawak kamus BI-BM sebab katanya Iman ngan Aqilah tak tau cakap Melayu dah.. Nanti kena speaking ngan diorang tu.. Iye-iye je.. Sekali, sebulan Ayah Su dok sini, bukan Ayah Su yang kena cakap English, diorang tu plak yang terikut2 BM slang T'ganunya.. Pening mama dibuatnya.. Suruh speaking ngan Ayah Su, tak nak.. Sume malu2 konon.. Kalau tak dah fasih dah Ayah Su speaking sebulan duk sini.. hehe
So alang2 datang sini, sempat jugak le abah bawak diorang jalan2 sambil shopping sikit2. Baru tiga hari duk sini, abah bawak diorang pegi Mt Cho-Tha malamnya.. Kesian gak kot diorang boring plak.. Maklum le, rumah sempit.. laman pun tak de cam rumah kat kampung tu.. Mama pun, sempat gak bawak diorang pegi shopping DFO masa dua minggu dalam pantang.. biasa le.. pantang ala Brisbane..
Petang2, kadang tu Tok Ki ngan Ayah Su ikut abah ambik budak2 sekolah. Dapat le tengok sekolah ausie ni camna rupanya..
keta kesayangan abah...
Then, dalam sibuk2 abah, sempat gak le mencelah bawak diorang pegi Lone Pine.. rugi le kalau dah sampai kat sini tak pegi Lone Pine jumpa ngan kangaroo ngan koala..
|
|
|
|
|
|
| Friday, 11-Jan-2008 21:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Permata hati kami yang keempat... Hadif
|
|
Nama penuh Muhammad Hadif bin Mohd Naz'ri. Maksud Hadif ialah yang mempunyai matlamat. Dilahirkan di Royal Brisbane Woman Hospital (RBWH), Brisbane Australia. Kira anak Aussie le mamat sorang ni. Lahir seberat 2.55 kg, 9.16 mlm waktu Brisbane, 2 minggu awal dari due. Kira dia ni keluar paling kecik le sebab Iman (3.35kg), Aqilah (3.00kg) dan Danish (2.9kg). Induce sebab atas nasihat doktor bila scan 36+ weeks (2.368kg) ngan 37+ weeks (2.374), didapati berat baby hanya bertambah dlm 6 g sahaja. Doktor pakarnya nasihat supaya induce sebab takut dibiarkan, berat baby dikhuatiri turun pulak dan membahayakan kesihatan baby. Memang dari awal lagi doktor dok komplain kata baby kecik sebab diorang kalau baby bawah 2.4kg kena masuk nursery bila lahir.. kira cam tak cukup berat le gitu. Then mama terpaksa selang sehari pegi hospital untuk buat CTG. Boringnya... So bila doktor mintak induce.. mama pun setuju aje le sebab anak2 mama yang lain pun sume induce..
Best gak le kira bersalin kat sini.. Standard cam swasta le kalau kat M'sia tu. Then OSHC covered sume bill. Tak yah bayar satu sen pun.. Banyak jugak yang mama belajar kat sini, siap ngan exercise2nya yg macam2 sebab masa tu, baby lum engage lagi. So sebelum induce, kena le buat exercise2 utk turunkan kepala baby dulu..
Nasib baik mama ramai kawan kat sini. Diorang le yg tolong jagakan budak2 yg lain tu sepanjang mama kat hospital sebab tok ma ngan tokki nya lum sampai lagi time tu. Then tolong masak lagi.. Hihi.. cam mem besar lak rasanya.. Thanks a lot Kak Azah, Kak Wan, Ida, Fariza dan lain2 yg bantu.. So, lepas ni turn sapa plak..? hehe.. Baik booking awal2..
|
|
|
|
|